ASNB, TNGD sedia platform pelaburan pantas, mudah

ASNB, TNGD sedia platform pelaburan pantas, mudah

MUZZAFFAR Othman (dua, kanan) dan Alan Ni (dua, kiri) pada majlis pelancaran platform Labur Online Laju (LOL) dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet di Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan TNG Digital Sdn. Bhd. (TNGD) menjalin kerjasama menyediakan platform pelaburan lebih pantas dan mudah menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Menerusi ciri-ciri GOinvest, lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur tanpa perlu melawat cawangan atau ejen secara fizikal seian menye­mak prestasi portfolio mereka pada setiap masa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman berkata, pihaknya komited mahu mendemokrasikan nasihat kewa­ngan dan produk yang mudah diakses oleh semua pihak.

“Kerjasama dengan TNGD ini sebahagian mandat kami memastikan rakyat mempunyai akses peluang pelaburan yang mampu dimiliki dan mampan selain memperkasakan kebolehcapaian serta kewangan.

“Kami opitimis menyasarkan penyediaan GOinvest ini mampu menarik kira-kira sejuta pemegang unit setahun,” katanya selepas melancarkan platform itu dan kempen pulangan tunai Labur Online Laju (LOL), semalam.

Ciri-ciri utama ASNB pada Touch ‘n Go eWallet itu meliputi akses kepada akaun sedia ada antaranya semakan jumlah pelaburan, pecahan unit ama­nah dan pembelian unit Dana Harga Tetap dan Dana Harga Boleh Ubah.

Selain itu, pemegang unit boleh melihat senarai dana pelaburan dan menyemak lima transaksi terbaharu bagi setiap dana yang dilaburkan sebelum ini.

Sebanyak 17 dana ASNB ditawarkan menerusi GOinvest antaranya Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2-Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNGD, Alan Ni berkata berkata, pihaknya menjadi ejen eWallet pertama dan satu-satunya yang menawarkan pelaburan unit amanah ASNB setakat ini.

“Pengguna boleh menyimpan dan melabur dengan pulangan konsisten serta berdaya saing dengan risiko agak rendah dan instrumen pelaburan jangka panjang.

“Mereka digalakkan mengakses akaun ASNB melalui eWallet bagi pelaburan sebaik saja melengkapkan pendaftaran dalam talian yang mudah melalui aplikasi MyASNB,” katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan ASNB pada Touch ‘n Go eWallet boleh mengunjungi acara LOL di Setia City Mall bermula hari ini hingga Ahad ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya