Artikel

Lebih 12 Juta Pengguna ASNB – Kini Boleh Labur, Semak Secara Terus Pada TNG eWallet

Perubahan tingkah laku pelaburan dalam kalangan generasi semasa kini dilihat memiliki perbezaan ketara. Menyedari aturan yang lebih mudah, cekap, mudah menjadi pilihan umum – maka Touch ‘n Go eWallet hari ini secara rasminya melancarkan sokongan ciri akaun ASNB, Amanah Saham Nasional Berhad pada aplikasi mereka di bawah segmen GoInvest. 

Penambahan ini, secara terus membolehkan pengguna miliki akses 17 unit amanah ASNB pada dompet digital TNG. 

Berdasarkan kemudahan itu, pengguna ASNB sedia ada boleh memautkan terus akaun anda pada aplikasi, sementara pengguna baharu pula perlu laksana pendaftaran akaun bersama ASNB terlebih dahulu. 

Melalui usaha ini, TNG eWallet melihat ia akan memudahkan 21 juta pengguna aplikasi ya bersama lebih 12 juta pemegang unit ASNB untuk melabur dan menyemak status pelaburan ASNB mereka melalui GOinvest pada aplikasi. 

Setakat ini sahaja, selepas seminggu dilaksanakan  sekitar 100,000 akaun pengguna ASNB telah dipautkan pada TNG eWallet. Maka untuk nikmati akses ini pengguna boleh pergi pada bahagian GoInvest dan klik ASNB > klik Mulakan Sekarang, dengan memaut akaun ASNB anda > seterusnya pengguna dapat melihat secara menyeluruh akan jumlah pelaburan yang tersedia pada aplikasi.

Menerusi agenda ini ia secara langsung turut memberi pendedahan kepada golongan muda akan kepentingan pelaburan bersama ASNB dan TNG eWallet.

Ini senarai 17 unit amanah yang tersedia buat kemudahan pengguna ASNB pada aplikasi TNG eWallet: 

Unit Amanah Harga Tetap 

  • Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) 
  • Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) 
  • Amanah Saham Malaysia (ASM)
  • ASM 2 Wawasan 
  • Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Unit Amanah Harga Berubah 

  • Amanah Saham Nasional (ASN)
  • ASN Ekuiti 2 
  • ASN Ekuiti 3 
  • ASN Ekuiti 5 
  • ASN Ekuiti Global 
  • ASN Imbang 1 
  • ASN Imbang 2 
  • ASN Imbang 3 Global 
  • ASN Sarà 1 
  • ASN Sara 2 
  • ASN Sukuk 

Melalui pelancaran ini, semua pihak diingatkan bahawa ciri pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB ini dimaklumkan ia tidak tersedia dalam TNG eWallet. Para pengguna masih perlu kunjungi ASNB atau ejen untuk laksana pengeluaran atau gunakan aplikasi myASNB untuk miliki akses pengeluaran sehingga RM2,000 tersebut.