Artikel

Touch ‘n Go eWallet Kini Bolehkan Pengguna Labur, Semak Baki Akaun ASNB – Pada Aplikasi

Penambahan ciri akaun ASNB, Amanah Saham Nasional Berhad pada segmen GoInvest dalam Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini dilihat akan memudahkan lagi para pengguna untuk menyemak dan meningkatkan pelaburan mereka. 

Bagaimanapun, berdasarkan akses itu – ia dilihat tersedia untuk pengguna yang telah memiliki akaun ASNB sahaja. Ini bermakna akses untuk mendaftar akaun ASNB masih tidak tersedia buat pengguna baharu. 

Pada integrasi di aplikasi TNG eWallet ini, pengguna boleh pergi pada bahagian GoInvest dan klik ASNB > klik Mulakan Sekarang, dengan memaut akaun ASNB anda > seterusnya pengguna dapat melihat secara menyeluruh akan jumlah pelaburan yang tersedia pada aplikasi. 

Menerusi akses ini juga, TNG eWallet secara langsung turut menggalakkan pengguna laksana pelaburan baharu pada tawaran pelaburan ASNB. Akses itu turut tersedia buat semua pengguna untuk meningkatkan kuasa pelaburan mereka. 

Ini senarai akses yang tersedia buat pengguna ASNB pada aplikasi TNG eWallet:

  • Jumlah Pelaburan
  • Senarai unit amanah ASNB bersama jumlah pelaburan (Unit Amanah Harga Tetap dan Unit Amanah Harga Berubah (akses ini turut tersedia bagi i Akaun Remaja/Bijak)
  • 5 Transaksi Terakhir bagi setiap unit amanah
  • Melabur dalam Unit Amanah baru bagi akaun sendri atau Remaja/Bijak
  • Melabur dalam Unit Amanah sedia ada bagi akaun sendiri atau Remaja/Bijak

Namun untuk ciri pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB ini dimaklumkan ia tidak tersedia dalam TNG eWallet. Para pengguna masih perlu kunjungi ASNB atau ejen untuk laksana pengeluaran atau gunakan aplikasi myASNB untuk miliki akses pengeluaran sehingga RM2,000 tersebut.