Artikel

TNG eWallet Kini Bolehkan Pengguna Berbelanja – Bayar Guna QR Di 6 Negara 

Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini menyediakan akses pembayaran rentas sempadan di 6 buah negara, meliputi China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Aturan ini sekaligus membolehkan pengguna laksana perbelanjaan secara pembayaran QR rentas sempadan dengan aliran urus-niaga menggunakan mata wang tempatan negara masing-masing.

Bersama sokongan Alipay+, tidak hanya tersedia di China, Jepun, Korea Selatan dan Singapura tetapi kini turut dikembangkan ke Thailand. Berdasarkan pemerkasaan itu Touch ‘n Go turut merancang menambah pelbagai lagi rangkaian negara lain. Ini termasuklah Filipina dan Australia.

Melalui usaha ini, ia tidak sekadar merancakkan lagi aliran perbelanjaan dalam sektor pelancongan dua hala tetapi turut memacu penggunaan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) di peringkat Asia secara berperingkat.