HomeBeritaTNG tambah tiga lagi kawasan sokongan bayar parkir

TNG tambah tiga lagi kawasan sokongan bayar parkir

SEBANYAK tiga majlis perbandaran lagi berada dalam senarai kawasan sokongan pembayaran parkir atas jalan e-wallet Touch ‘n Go (TNG).

Kawasan tersebut yang tersenarai pada Isnin adalah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Nilai dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Penambahan itu menjadikan jumlah kawasan yang disokong setakat ini kepada 19, termasuk jumlah liputan Kuala Lumpur dan Selangor.

Kawasan lain yang turut meliputi kemudahan itu termasuk di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak dan Putrajaya.

Antara kawasan sedia yang berada dalam senarai adalah:

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu: Pasir Tumboh
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  • Majlis Daerah Machang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  • Majlis Bandaraya Selayang
  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
  • Perbadanan Putrajaya
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Seremban

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif TNG, Alan Ni berkata, matlamat syarikat adalah untuk menyediakan kemudahan bagi pembayaran tempat letak kereta di seluruh negara dalam e-walletnya.

“Dengan lebih 300,000 pengguna membuat pembayaran tempat letak kereta mereka dengan Touch ‘n Go e-wallet setiap hari, perkembangan ini akan membawa berita baik kepada lebih ramai pengguna,” katanya.

Pembayaran tempat letak kereta tersedia dalam aplikasi e-wallet TNG, di bawah menu ‘Perkhidmatan’, yang mana pengguna boleh menambah kenderaan untuk membayar tempat letak kereta, memilih lokasi tempat letak kereta dan membuat pembayaran berdasarkan tempoh kenderaan akan kekal diletakkan di lokasi.

Author

Pilihan Editor