Utama Mobile Aplikasi Touch ‘n Go eWallet perluas sokongan bayaran parkir jalanan di 3 tempat...

Touch ‘n Go eWallet perluas sokongan bayaran parkir jalanan di 3 tempat baharu

200
0
Touch n Go eWallet Parking Street

Touch ‘n Go pada hari ini telah mengumumkan tiga lokasi baharu yang menyokong pembayaran parkir jalanan. Tempat-tempat baharu tersebut merupakan kawasan di bawah Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban – Nilai, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kawasan majlis yang menyokong bayaran Touch ‘n Go eWallet kepada 19 majlis perbandaran. Sejak mula diperkenalkan pada 2019, aplikasi e-dompet ini menyediakan sokongan bagi majlis-majlis perbandaran berikut:

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu: Pasir Tumboh
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  • Majlis Daerah Machang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
  • Perbadanan Putrajaya
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Seremban

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Alan Ni menyatakan perluasan perkhidmatan dapat membantu memudahkan urusan pembayaran parkir oleh pengguna.

“Melalui sejumlah lebih dari 300,000 pengguna membayar bayaran parkir dengan Touch ‘n Go eWallet setiap hari, perluasan ini memberikan khabar gembira kepada lebih ramai pengguna dan kami mensasarkan untuk menyediakan sokongan di parkir-parkir jalanan di seluruh negara,” ujar beliau.

Untuk menggunakan ciri pembayaran parkir di dalam Touch ‘n Go eWallet, anda boleh mengaksesnya di dakam ikon Parking di dalam Services. Seterusnya, pilih Pay For Parking Now dan masukkan maklumat lokasi semasa anda bersama-sama maklumat kenderaan anda sebelum meneruskan ke peringkat pembayaran.

Bagi menggalakkan pengguna menggunakan fungsi ini, Touch ‘n Go sedang mengadakan kempen promosi yang memberikan satu ganjaran pulangan tunai sehingga RM0.50 dengan perbelanjaan minima RM0.40 untuk 250,000 transaksi pertama yang layak bermula dari hari ini 3 Julai sehingga 4 Ogos 2023.

Touch ‘n Go juga menawarkan hadiah menarik berbentuk PlayStation 5, telefon pintar Realme, atau pin isian semula RM100 untuk pengguna yang melakukan sekurang-kurangnya lima pembayaran melalui fungsi parking di sepanjang tempoh promosi ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.