fbpx
More

    Touch ‘n Go eWallet kini boleh digunakan di China, Jepun, Singapura, Korea, Thailand dan Indonesia

    Perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go eWallet mengumumkan bahawa ia kini boleh digunakan dalam lebih banyak negara yang kerap dilawati oleh rakyat Malaysia iaitu China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

    Pembayaran di luar negara ini dilakukan melalui pembayaran QR rentas sempadan serta kerjasama dengan Alipay+. Sebagai contoh, Touch ‘n Go eWallet kini boleh diterima dalam rangkaian QRIS di Indonesia bagi memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran di lebih 25 juga perniagaan.

    Alipay+ pula membenarkan Touch ‘n Go eWallet untuk digunakan di China, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand. Sebagai rujukan, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menggunakan e-dompet ini di kedai-kedai yang memaparkan salah satu daripada logo-logo berikut sewaktu berada di negara yang layak:

    Para pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kredit Touch ‘n Go eWallet yang kemudian akan ditukarkan kepada mata wang tempatan, mengikut kadar pertukaran mata wang asing yang dipaparkan sebelum anda membayar. Kredit tersebut akan ditolak mengikut harga produk atau perkhidmatan yang ingin dibeli, serupa seperti jika anda melakukan pembayaran di Malaysia.

    Pihak Touch ‘n Go eWallet juga berkata mereka merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan serupa di Filipina, Australia dan banyak lagi negara.

    Layari laman web Touch ‘n Go eWallet untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X